Bahagian Pengurusan Latihan



Selamat datang ke Bahagian Pengurusan Latihan, laman informasi produk PULAPA Wilayah Timur. Laman ini memaparkan produk teras kami, iaitu kursus buat ASPA (Anggota Sukarela Pertahanan Awam). 

Kami juga ada mengendalikan permintaan kursus dari agensi luar. Jika berminat, boleh menghubungi kami di talian 09-4677991 atau lengkapkan borang ini.

Jika ingin mengetahui berita semasa PULAPA Wilayah Timur, anda boleh ke laman blog kami.

Produk ( kursus ) kami disampaikan melalui 3 Sekolah iaitu, Sekolah Pengurusan Kemahiran, Sekolah Pengurusan Personel dan Sekolah Pengurusan Teknikal.


Melaksanakan kursus yang menjurus kepada kemahiran utama dan teknikal soldadu JPAM dalam menjalankan tugas JPAM.

Mengendalikan pengurusan angkatan JPAM, kecemasan, bencana, acara dan pengurusan angkatan JPAM.

Menyediakan  latihan dan penambahbaikan kepada Jurulatih mengikut keperluan semasa JPAM.

Sekolah Pengurusan Multimedia & Teknologi Maklumat
Menyediakan kursus berkaitan multimedia dan Teknologi maklumat bagi memastikan ASPA dan peserta kursus sentiasa produktif dengan teknologi semasa.
author
PULAPA Wilayah Timur
PULAPA Wilayah Timur (Jengka), Jalan Besar, 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang darul Makmur